Hye uols!
Perasan tak orang lelaki suka sangat marah kat pemandu wanita? Lagi-lagi kalau makcik-makcik. Hihi. Pemandu wanita ni banyak sangat komitmen dia nak kena fikir dan tanggung. Kat belakang tu ada anak atau anak-anak tengah melalak dalam carseat, sambil-sambil tu kena fikir lagi nak masak apa. Terfikir lagi baju bertambun tak lipat dan gosok lagi. Tu yang jadi kelam kabut masa memandu.
Ada juga yang tak buat apa-apa kesalahan pun masa memandu, tetapi tetap jadi mangsa kemarahan pemandu lelaki. Kes cemburu lah tu. Nampak perempuan tenang je dalam kereta, nak juga buli. Selalu sangat dah nampak dan pernah terkena pun.
Dulu pernah sekali aku nak tukar lorong sebab nak elak lubang. Mula-mula tengok cermin sisi dah clear. Tiba-tiba masa tukar lorong ada motor laju je tukar lorong jugak. Padahal aku dah bagi signal awal-awal. Jadi aku terus ke kiri sikit untuk elak motor tu. Tetapi, penunggang motor tu siap maki hamun dan bagi jari tengah. Belakang tu ada isteri dia tengah bonceng. Terus aku mengucap di situ.
Malam tu baba Balqis ajak keluar ke Giant. Tiba-tiba kami terserempak dengan penunggang motor tu dan isterinya semasa sedang beratur bayar. Aku pun pandang mereka berdua dan senyum lama-lama sampai baba Balqis hairan. Yang lelaki tu dah buat muka serba tak kena. Maklumlah, baba Balqis punya penumbuk tu besar jugak. Risau lah tu. Lepas keluar dari Giant barulah beritahu baba Balqis apa yang terjadi sebelum tu.
Jadi, tak usahlah mencarut-carut di jalan raya. Nanti rasa bersalah sampai ke kiamat tau!
Ingat ye Balqis!
No comments:
Post a Comment