Monday, September 28, 2015

Taska Balqis

Salam Isnin. 


Balqis yang sangat gembira bermain dengan kawan-kawan di taska. Kalau kena balik awal, terus muka monyok. Dia mula ke taska masa umur 2 tahun. Sebelum tu, kami gilir2 jaga di rumah. Memandangkan aku kerja malam, jadi dapatlah jaga anak waktu siang. Masa mula-mula nak hantar dia ke taska, berbagai-bagai fikiran negatif datang dalam kepala aku. Rasa nak berhenti kerja pun ada. Tapi akal yang waras dan dompet yang kempis tidak mengizinkan. 
Hari pertama hantar Balqis ke taska, mak menangis berlinangan air mata. Anak menangis dalam taska, mak menangis dalam kereta. Telefon toknek Balqis, katanya sabarlah, Allah swt akan jaga anak, doa banyak-banyak. Alhamdulillah, dia nangis dua hari je masa hantar, lepas tu dah stabil dan gembira. Intai-intai jugak dia kat taska, sedap je meloncat sana sini, menyanyi-nyanyi. Tidur dan makan pun dah ikut waktu. Dulu duduk dengan omak, disiplin ke laut Hindi. Hehu.

Semoga Allah swt melindungi semua anak di dunia, tak kira di mana mereka berada.

No comments: